Thursday, March 21, 2013

PENTADBIR BARU BLOG KSKK IPN

Hai !!!

Assalamualaikum semua !



Bermula 21 Mac 2013, sukacitanya dimaklumkan bahawa blog KSKK IPN akan diselenggara oleh Encik Abdul Aziz bin Mosli daripada Unit Publisiti & Khidmat Pelanggan.

Mulai dari saat ini, blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan pelbagai aktiviti dan informasi berkaitan dengan IPN. Bagi mereka yang ada artikel atau informasi yang ingin dikongsikan di sini, bolehlah berhubung dengan pentadbir blog KSKK IPN.

Selamat membaca :D


Friday, October 28, 2011

Kenapa Dunia Menggelapkan Sejarah Raja Soleh Ini ???

Aurangzeb Alamgir
Aurangzeb, namanya yang sengaja dihitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang prejudis dengan Islam. Kita mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang diajar disekolah-sekolah.

Kata para orientalis dan kebanyakan sejarawan dunia, beliau adalah tokoh yang kejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak. Disebabkan itu, kebanyakan kita menjadi salah seorang dari ribuan orang yang menyanjungi Akbar The Great, Shah Jehan dan lain-lain raja dalam Dinasti Mughal di India.
Akbar tidak patut disanjung seperti yang dicatitkan oleh orientalis-orientalis Barat. Sifat timbang rasa, lembut dan pemaafnya tidak kena pada tempat. Malah beliau adalah penguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam dengan mengadakan pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir di dalam negaranya.

Kemungkaran terbesar yang dibuat Akbar ialah mencipta agama Din ilahi, iaitu agama campuran antara Hindu, Buddha, Kristian dan Islam. Beliau juga terlalu memberi muka kepada penentang Islam dengan menarik semula pembayaran Jizyah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.
Sebaliknya, Aurangzeb adalah tokoh yang tegas, berani dan kuat memegang syariat. Beliau juga adalah ahli sufi yang benar-benar kuat menjalankan mujahadah dan latihan-latihan rohani. Beliau juga mujahid yang tidak teragak-agak mengangkat senjata bila keadaan memerlukan.
Sembahyang dan puasanya banyak. Beliau mengharamkan kembali peminuman arak, nyanyi-nyanyian, tarian dan gundik yang telah bermaharajalela dalam istana Dinasti Mughal. Fikiran dan firasatnya sangat tajam dan ini telah dibuktikan dengan beberapa peristiwa.
Satu ketika, peperangan telah meletus antara tentera Islam Dinasti Mughal dengan kerajaan Hindu Mahrata di dalam negara India. Dalam peperangan itu, tentera Islam hampir tewas kerana tentera-tentera musuh telah menggunakan sihir.
Senjata yang mereka gunakan tidak dapat digunakan menentang musuh kerana telah bertukar kepada benda-benda lain. Dengan ini, tentera Islam lemah semangat dan dengan mudah dibunuh oleh tentera musuh. Ternyata tentera Islam tidak dapat mengatasi sihir yang dilakukan oleh tentera musuh.

Kisah Ashabul Kahfi

Siapa yang tidak tahu kisah Ashabul Kahfi? Kisah ini sangat terkenal baik bagi penganut agama Islam atau Kristian. Ashabul Kahfi dalam Islam iaitu kisah yang menceritakan 7 pemuda yang mendapat petunjuk dan beriman kepada Allah tertidur dalam gua selama 309 tahun. Mereka melarikan diri dari kekejaman raja Dikyanus.

Lokasi Gua :

Banyak terjadi perselisihan faham tentang lokasi gua. Ada yang mengatakan berada di Syria, ada pula yang mengatakan di Turki, akan tetapi banyak yang berpendapat lokasi gua terdapat di Jordan di perkampungan Al-Rajib atau dalam Al-Quran di sebut Al-Raqim, yang berjarak 1.5 km dari kota Abu A’landa dekat kota Amman- Jordan.

Info terakhir yang diperolehi bahawa Raja Abdullah ke 2 (Raja Jordan) telah secara rasmi untuk mendirikan di muka gua Ashhabul Kahfi masjid dan ma’had yang diberi nama “Masjid Gua Ahlul Kahfi” dan Ma’had Da’wah dan Dai’.

Nama nama Ashhabul Kahfi: Maksalmina, Martinus, Kastunus, Bairunu, Danimus, Yathbunus dan Thamlika manakala anjingnya bernama Kithmir.

Sebab turun kisah ini dalam Al-Quran: 

Kisah dimulai dari seorang kafir datang kepada seorang Yahudi di Madinah. Dia memceritakan kepadanya bahawa Muhammad mengaku dirinya sebagai Nabi dan dia meminta nasihat kepadanya bagaimana caranya untuk menentangya. 
Yahudi tadi berkata “Tanya kepada Muhammad tentang kisah Ashhabul Kahfi, jika dia mengetahuinya maka ia benar sebagai Nabi”. 
Lalu orang kafir tadi bertanya kapada Rasulallah saw tantang kisah tersebut.
Mereka menyangka beliau tidak mengetahuinya sehingga mereka boleh mengalahkan dan menentang beliau. Tapi apa yang terjadi. Allah perintahkan Jibril as agar segera turun dari langit menceritakan kepada Rasulullah saw kisah tersebut sebagaimana tertera dalam Al-Qur’an dalam surat Al-Kahfi.

18:9. Atau kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan?

18:10. (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.

18:11. Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu,

18:12. kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah di antara kedua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal (dalam gua itu).

18:13. Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk;

18:14. dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran”.

18:15. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih lalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?

18:16. Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu niscaya Tuhanmu akan melimpahkan sebagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu.

18:17. Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari itu terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

18:18. Dan kamu mengira mereka itu bangun padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka.

18:19. Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari”. Berkata (yang lain lagi): “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seseorang pun.

18:20. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”.

18:21. Dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu mengetahui, bahwa janji Allah itu benar, dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang-orang itu berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: “Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya”.

18:22. Nanti (ada orang yang akan) mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan: “(Jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjingnya”, sebagai tekaan terhadap barang yang ghaib; dan (yang lain lagi) mengatakan: “(Jumlah mereka) tujuh orang, yang kelapan adalah anjingnya”. Katakanlah: “Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit”. Kerana itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorang pun di antara mereka

Monday, September 26, 2011

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kuarters IPN

Salam Aidilfitri buat semua umat Islam.
Pada 22 September yang lalu, kuarters IPN telah mengadakan majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1432H.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua warga kerja IPN dan berlangsung dalam suasana yang meriah. Kemeriahan diserikan dengan kehadiran keluarga & anak-anak warga kerja IPN.











Semoga kita diberi nafas yang panjang untuk dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun-tahun akan datang.
Insyaallah.

Friday, August 5, 2011

Lawatan Ke Bangunan Baru IPN


Pada petang Jumaat 5 Ogos 2011, Unit R&D bersama Unit Penyelenggaraan telah mengadakan sesi lawatan ke bangunan baru IPN yang hampir siap untuk diduduki. Kepada kakitangan yang belum berkesempatan melawat bangunan baru, boleh melawat secara alam maya di atas blog ini :p










Thursday, August 4, 2011

Bila Jam Pukul 1.00 Petang


Seperti yang kita semua sedia maklum, sepanjang bulan Ramadhan ini kafetaria IPN tidak dibuka. Maka memandangkan IPN terletak jauh daripada kompleks membeli belah, kakitangan IPN tidak membuang masa waktu rehat dengan sia-sia. 

Bagi yang berpuasa, bolehlah menyertai majlis tadarus Al-Quran yang diadakan di surau IPN manakala bagi yang tidak berpuasa atas sebab keuzuran yang dibenarkan, bolehlah mencuba aktiviti yang dilakukan seperti mereka ini daripada anda tidur membuang tenaga di siang hari.

Popia Mini - Cepat Tempah Sekarang !

Mengisi waktu rehat ketika Ramadhan

Berkongsi resepi menambah keenakan

Popia gulung Kak Su - Sebekas RM10 je

Serunding Pn. Zuraidah

Dah selesai jangan lupa mengemas ya !

Inovasi & Kreativiti Nelayan Jepun (KIK)



Dari dulu lagi nelayan Jepun pergi berlayar jauh untuk menangkap ikan, namun apabila mereka sampai di darat, ikan-ikan itu mati dan mengeluarkan bau yang busuk. Orang Jepun tidak suka memakan ikan yang sudah mati dan busuk.
Lalu, nelayan Jepun masih lagi berlayar untuk menangkap ikan di lautan lepas. Oleh kerana tidak mahu ikan-ikan tangkapan mati dan busuk, nelayan Jepun membawa sebuah pembeku. Ikan-ikan hasil tangkapan itu dimasukkan ke dalam freezer supaya tidak busuk bila sampai ke pelabuhan.

Namun begitu, orang Jepun tahu membezakan mana ikan yang segar dan mana ikan yang dimasukkan ke dalam freezer untuk mencegah ikan jadi busuk. Orang-orang Jepun tidak suka memakan ikan hasil tangkapan itu.
Kemudian nelayan Jepun berlayar ke laut lepas untuk menangkap ikan dengan membawa sebuah tong air yang sangat besar dan diisi dengan air laut yang banyak supaya ikan hasil tangkapan tetap dalam keadaan hidup semasa tiba di daratan.

Namun, sampai di daratan ikan-ikan itu lemas dan tidak mahu bergerak kerana bosan berada di kawasan yang lebih sempit dari kawasan hidup asalnya. Orang Jepun tahu membezakan mana ikan yang segar dan mana ikan yang lemas.
Seterusnya, nelayan kembali berlayar ke laut jauh untuk menangkap ikan, kali ini nelayan membawa sebuah tong besar berisi air laut yang banyak dan memasukkan dua ekor anak ikan Yu ke dalam tong tersebut, seekor anak ikan Yu dapat memakan 4-5 ekor ikan dalam sehari dan perjalanan dari lokasi penangkapan ikan menuju daratan berjarak dua hari, jadi kedua anak ikan Yu itu menghabiskan sehingga 20 ekor ikan tangkapan semasa dalam perjalanan.

Apa yang terjadi???
Semasa tiba di darat semua ikan tangkapan yang berada di dalam tong tersebut masih dalam keadaan segar dan lincah.
Mengapa???
Ini kerana ikan-ikan tangkapan mereka tersebut berusaha supaya tidak dimakan oleh ikan Yu yang berada di dalam tong tersebut, berlumba untuk bertahan dan mempertahankan hidup.

Moral :
Kita sebagai manusia dapat diibaratkan sebagai ikan-ikan hasil tangkapan di dalam tong tersebut, dan masalah -masalah yang dihadapi diibaratkan sebagai anak Yu yang bersedia memakan kita. Masalah itu membuat kita mempunyai alasan untuk hidup, menjadi semangat untuk berusaha, dan memberikan motivasi supaya tidak dimangsa oleh Yu,iaitu MASALAH
Bukannya kita yang harus menyerah pada masalah,biar masalah yang menyerah kepada kita kerana kita tahu cara nak menyelesaikannya, tidak buntu dan memohon kepada Allah SWT agar setiap kekusutan yang kita alami dapat dileraikan.
Posted @ www.isuhangat.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...