Tuesday, March 29, 2011

Keputusan Bola Sepak IPN vs Majlis Daerah Sabak Bernam - 28 Mac'11


IPN cuma kalah tipis dengan perbezaan 1 jaringan kepada skuad bola sepak Majlis Daerah Sabak Bernam. Kepada warga IPN, mari kita bersama² beri sokongan kepada skuad bola sepak Institut Perakaunan Negara untuk perlawanan ketiga akan datang !

Majulah sukan untuk IPN !

Thursday, March 17, 2011

Keputusan Bola Sepak ◄IPN vs Kolej Komuniti Sabak Bernam► 16 Mac'11


TAHNIAH !!!!

Pasukan IPN telah memenangi perlawanan pertama bola sepak menentang Kolej Komuniti Sabak Bernam dengan jaringan

4 - 2

Warga IPN mendoakan semoga kejayaan ini dapat diteruskan dan dikekalkan dalam perlawanan² akan datang.

Tuesday, March 15, 2011

Ulang Tahun Kelahiran Buat Warga IPN Yang Lahir Pada 3 Mac - 31 Mac

Salam buat seluruh warga IPN. Warga IPN mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat semua kakitangan yang menyambut hari lahir pada bulan Mac.

Sebelum anda semua melihat wajah² kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 3 Mac - 31 Mac ini, anda perlu jawab dulu teka-teki di bawah.

Bayangkan anda berada dalam perangkap. Anda tergantung di atas pokok dan tali terikat di tanah. Sebatang lilin menyala di atas tanah dekat tali. Perlahan² api lilin pasti akan membakar tali dan anda akan terjatuh ke tanah, sementara seekor singa menanti untuk makan tubuh anda.

Tidak ada orang yang akan membantu anda. Ikatan tali sangat kuat dan anda tidak dapat bergerak. Apa yang anda dapat lakukan supaya tali tidak putus dan anda tidak jatuh ke tanah??????

Nak jawapan? Klik 'Baca Lagi'

Thursday, March 10, 2011

Walimatul Urus Majlis Perkahwinan - Rabiulakhir 1432H

Haziatun Anis & Mohd Zaim ◘ Ahad 13 Mac 2011◘ Tanah Merah, Kelantan
Norashikin & Amrul Fazli ◘ Sabtu 26 Mac 2011 ◘ Sitiawan, Perak
Ikan di laut asam di darat
Masak gulai rencah serunding

Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin duduk bersanding

Kami seluruh warga IPN mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan² yang akan melangsungkan majlis perkahwinan pada bulan Mac ni. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki. 
Semua warga IPN beserta keluarga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis kedua² mempelai ini.

Tuesday, March 8, 2011

Sepetang Di IPN

Pada petang yang cerah, petang yang nyaman, petang yang petang, satu tinjauan dijalankan di sekitar IPN. Didapati terdapat ramai kakitangan IPN yang aktif bersukan. Gambar² ini dirakamkan pada 8 Mac 2011 dengan menggunakan kamera Bekberi telefon bimbit, oleh yang demikian kualiti gambar tidak begitu baik dan jelas. Sekiranya anda mempunyai gambar² atau aktiviti yang ingin dikongsikan bersama, sila berhubung dengan pentadbir blog KSKK di ruang CHIT CHAT IPN. Jom kita lihat aksi kesukanan rakan² kita. 

MAJULAH SUKAN UNTUK IPN !!

Cuba Teka Siapakah Dia ? Hebatnya Setanding Khairul Fahmi

Wednesday, March 2, 2011

Selamat Pengantin Baru Kepada En. Megat Azman ---<@

En. Megat Azman Megat Amin & Pasangannya Pn. Zafnizan Ab Rahman
Sungguh cantik anyaman rotan
Buat hamparan raja sehari
Sama cantik sama sepadan
Bagaikan raja dengan permaisuri.

Di ijab kabul suami dan isteri
Jodoh pertemuan sudah tersurat
Berkasih sayang suami isteri
Semoga berbahagia dunia akhirat

Seluruh warga IPN mengucapkan selamat pengantin baru kepada En. Megat Azman & pasangannya Pn. Zafnizan @Eija.

Kami Mendoakan Kebahagian Dunia Akhirat Buat Pasangan Pengantin Baru Ini.
----------<@

P/S: Khabarnya bulan Mac ni ada 2 majlis makan nasi minyak 

Ulang Tahun Kelahiran Buat Warga IPN Yang Lahir Pada 27 Feb - 3 Mac

 Salam ulang tahun kelahiran buat warga IPN yang lahir pada 27 Feb - 3 Mac !

Kami mendoakan segalanya yang terbaik untuk semuanya. Semoga dipermudahkan urusan duniawi, mendapat kesihatan tubuh badan, dipanjangkan usia dan dipermurahkan rezeki.
Amin.
Dr. En. Nuruladwin Mohd Noh - 27 Feb
Pn. Faridah Abdullah - 1 Mac
En. Musa Basar - 1 Mac
Cik Razifah Salaman - 2 Mac

En. Mohd Sopari Mohammed Khusni - 3 Mac
 Kepada kawan² yang akan menyambut ulang tahun pada tarikh² akan datang, Blog KSKK menunggu untuk menyiarkan gambar² anda. Sila bersabar... Hehehe...
(^__^)
P/S: Tahun kelahiran anda adalah dirahsiakan hehehehe

Majlis Perpisahan Pegawai IPN

En. Zaharin Othman - TP (K) Yang Banyak Berjasa Kepada IPN
Pn. Rusmawati Samsuri
En. Fakhruddin - Ada Orang Menangis Kehilangan Mu

Jasamu Dikenang
Budimu Tak Terbilang
Semangatmu Dijulang
Kepimpinanmu Gemilang

Pada Jumaat 25 Februari 2011 yang lalu, satu Majlis Perpisahan Warga IPN telah diadakan di Auditorium Bernam. Majlis Perpisahan Warga IPN ini diadakan sebagai menghargai dan meraikan pegawai² yang akan bertukar ke tempat bertugas yang baru.

Pegawai² tersebut adalah En. Zaharin Othman (Timbalan Pengarah Korporat), Pn. Rusmawati Samsuri (Timbalan Ketua Program Kewangan) dan En. Ahmad Fakhruddin Hasan (Penyelaras Program Pengurusan). Namun Pn. Rusmawati dan En. Fakhruddin tidak dapat menghadiri majlis perpisahan ini.

Lihat gambar Majlis Perpisahan Warga IPN dan lihat siapa yang menangis (jika berkenaan)....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...