Thursday, July 28, 2011

Program Solat Terawih & Majlis Berbuka Puasa Ramadhan 1432

Selamat Berpuasa Semua !
Semua warga kerja IPN & keluarga adalah dijemput bagi mengimarahkan Program Solat Terawih & Majlis Berbuka Puasa Ramadhan 1432 bertempat di Surau As-Solihin IPN bermula 1 Ramadhan sehingga 26 Ramadhan 1432.

Di kesempatan ini, diucapkan selamat menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarrak & selamat berpuasa kepada semua umat Islam !

Ibadat puasa

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Dalil

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)}}

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."}}

Niat puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Tingkatan Puasa

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
  1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan
Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. 
Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
Sedekah Tidak Mengurangkan Harta
Kepada anda yang mahu menaja atau memberi sumbangan ikhlas untuk Majlis Berbuka Puasa Ramadhan 1432 Surau As-Solihin Institut Perakaunan Negara, anda boleh menyumbangkan sumbangan ikhlas anda ke akaun seperti berikut :
                                Bank : Bank Islam
                                No. A/C : 12-05601-002658-4
                                Nama A/C : Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan IPN
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu. (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi).

Orientasi Memanah Di IPN

'Robin Hood' Amir
Pada petang Rabu 27 Julai, satu sesi orientasi memanah telah diadakan di padang berhampiran Tasik IPN. Orientasi ini dihadiri oleh kakitangan yang berminat untuk mencuba peralatan memanah IPN.

Semoga IPN bakal melahirkan satu lagi bakat terpendam dalam sukan memanah di samping menjadikan memanah sebagai satu daripada sukan yang menyeronokkan dan daya tarikan kepada peserta kursus IPN.

Majulah Sukan Untuk IPN
Papan Sasaran Memanah

Gaya Pemanah Wanita IPN

'Robin Hood' Mois
Sebelum Pindah Kena Rasa Dulu Memanah Di IPN

Wednesday, July 27, 2011

Program Mencerap Anak Bulan Ramadhan

Jom Bersama² Kita Mencerap Anak Bulan Ramadhan
Seperti yang kita semua sedia maklum, tak lama lagi kita semua akan menyambut kehadiran bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarrak. Marilah kita bersama-sama keluarga kakitangan IPN menyambut kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini dengan menyertai Program Mencerap Anak Bulan Ramadhan yang akan diadakan seperti berikut:

                                              Tempat : Balai Cerap Sungai Lang
                                              Tarikh   : 31 Julai (Ahad)
                                              Masa      : Bermula jam 6.00 Petang 
                                              Anjuran  : Balai Cerap Sungai Lang

Kemasukan adalah percuma, ulang suara... Kemasukan adalah percuma !

Balai Cerap Sungai Lang Cuma 2km Jaraknya Dari IPN
Rebutlah peluang melihat anak bulan Ramadhan !! Jemput rakan-rakan & keluarga bagi menyertai Program Mencerap Anak Bulan Ramadhan yang dianjurkan oleh Balai Cerap Sungai Lang Sabak Bernam. Dibuka untuk kemasukan awam pada 31 Julai ini !

Sunday, July 24, 2011

Latihan Kebakaran IPN

Kiraan bilangan kakitangan mengikut unit masing-masing
Pada pukul 9.30 pagi Jumaat 22 Julai 2011, satu siren kecemasan yang tidak pernah didengari selama ini berbunyi di segenap bangunan IPN. Kakitangan IPN telah bergegas turun ke tapak berhimpun di hadapan kafetaria bagi mengetahui hal yang telah berlaku. Kegusaran warga IPN hilang apabila rupa-rupanya siren kecemasan tersebut adalah satu latihan kebakaran yang diadakan dengan kerjasama Pasukan Bomba & Penyelamat Sabak Bernam.

Taklimat Cara Penggunaan Bahan Pemadam Api Jenis Dry Powder
Pihak Bomba telah menyampaikan taklimat berkaitan latihan kebakaran IPN dan mengucapkan tahniah kepada semua warga IPN kerana mengambil perhatian terhadap siren yang telah dibunyikan dan berjaya berhimpun di tapak perhimpunan dalam masa kurang daripada 3 minit.

Bahang api latihan kebakaran menyebabkan kakitangan IPN terpaksa duduk berlindung
Warga IPN membuat praktikal memadam kebakaran

Taklimat 5s

Penerangan Persekitaran 5s oleh Wakil MPC
Pada Khamis, 22 Julai, selepas sahaja Perhimpunan Bulanan bil. 7/2011 telah diadakan satu taklimat berkaitan 5s. Dua orang wakil dari Malaysia Productivity Corporation ( MPC) telah hadir bagi menyampaikan taklimat kepada kakitangan IPN berkenaan dengan 5s.

Secara ringkasnya 5s ialah konsep persekitaran kerja yang teratur dan dapat meningkatkan produktiviti kerja dengan melaksanakan  SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM & SENTIASA AMAL.

Perbincangan Jawatankuasa Latihan 5s

Taklimat 5s juga dijalankan di lokasi-lokasi kerja bagi menjelaskan kepada kakitangan IPN tentang cara mencapai pelaksanaan 5s. Kakitangan IPN boleh memulakan proses menyisih di tempat kerja atau workstation masing-masing bermula dari hari ini sebelum satu gotong royong perdana dilaksanakan pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Lawatan Ke Bilik Gerakan
Lawatan Beramai-ramai

Perhimpunan Bulanan Bil. 7/2011


Perhimpunan Bulanan Bil. 7/2011 telah diadakan pada Khamis, 22 Julai yang lalu, bertempat di Auditorium Bernam. Pasukan Koir IPN semakin mantap dari segi persembahan dan vokal sehingga mendapat pujian daripada Pengarah IPN. Semoga dengan pujian tersebut, Pasukan Koir akan terus maju melangkah setanding dengan pasukan Koir di peringkat yang lebih hebat lagi. Syabas diucapkan.

Antara agenda Perhimpunan Bulanan pada kali ini ialah : 
  • Ucapan Pengarah
  • Maklum balas perjalanan Sukan KSKK
  • Maklum balas program bulan Ramadhan
  • Taklimat ringkas Sambutan Hari Inovasi 2011
  • Taklimat ringkas Kumpulan Inovasi Kerja
  • Sambutan ulang tahun kelahiran kakitangan bulan Julai ( pulut kuning )

Festival Floria Putrajaya

Festival Floria telah berlangsung di Putrajaya dan telah pun berakhir pada 17 Julai yang lalu. Pada festival ini, pelbagai bunga-bunga flora dan hiasan semula jadi dipamerkan kepada pengunjung yang hadir. Tapak festival adalah berhampiran jambatan Putrajaya dan berhadapan dengan Kompleks Kementerian Kewangan. Masuk adalah percuma kecuali makan dan minum kena beli sendiri.


Kepada kakitangan IPN yang tidak berkesempatan berkunjung ke Festival Floria ini, boleh menikmati gambar yang sempat dirakam oleh kakitangan IPN yang mengunjungi festival ini.

Wednesday, July 20, 2011

Yang Harus Diikut

Keindahan Alam Mampu Memberi Ketenangan

1. Jika Orang Buat Kita Susah,Anggaplah Itu Adalah Limpahan Rezeki.

2. Mulai Hari Ini, Belajarlah Setiap Hari Menyenangkan Hati Orang Lain.

3. Jika Kamu Merasa Pahit Dalam Hidupmu Dengan Suatu Tujuan, Itulah Bahagia.

4. Lari dan Berlarilah Yang Cepat Untuk Mengejar Hari Esok.

5. Setiap Hari Kamu Sudah Harus Merasa Puas Dengan Apa Yang Kamu Miliki Saat Ini.

6. Setiap Kali Kalau Ada Orang Yang Memberi Kamu Satu, Kamu Harus Mengembalikannya 10x Lipatganda.

7. Nilailah Kebaikan Orang Lain Terhadap Kamu, Tetapi Hapuskanlah Semua Jasa Yang Pernah Kamu Berikan Kepada Orang Lain.

Monday, July 4, 2011

Peristiwa Israk & Mikraj







PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Sesi Pertandingan Dam & Catur KSKK 2011

Pertandingan dam & catur KSKK 2011 telah berlangsung dari 27 - 29 Jun yang lepas. Kakitangan IPN mengambil peluang menonjolkan bakat dan kemahiran bermaian permainan papan dalam pertandingan ini. Pertandingan ini melibatkan persaingan empat rumah sukan IPN iaitu BIRU, MERAH, UNGU dan HIJAU.

Mari kita lihat aksi pertandingan yang sempat dirakamkan dengan lensa kamera blackberry.




Friday, July 1, 2011

Keputusan Pertandingan Catur KSKK 2011

Keputusan Pertandingan Dam KSKK 2011


Perhimpunan Bulanan IPN Bil. 6/2011


Perhimpunan Bulanan IPN Bil. 6/2011 telah diadakan pada 29 Jun 2011. Pada perhimpunanan kali ini, terdapat sedikit kelainan dibuat iaitu ucapan perhimpunan dan komunikasi dalam bahasa English. Kakitangan IPN diberi peluang untuk berbahasa English bagi meningkatkan kecekapan dan memantapkan diri dalam bahasa antarabangsa.


Agenda yang telah berlangsung sepanjang perhimpunan kali ini antaranya adalah ucapan Pengarah IPN, penyampaian perkembangan dan maklumat semasa IPN, taklimat kumpulan inovatif kreatif, sesi suai kenal bersama kakitangan baru dan sambutan ulang tahun kelahiran kakitangan sepanjang bulan Jun 2011.


IPN Cemerlang Audit SIRIM QAS International

Sekalung tahniah kepada semua kakitangan IPN yang telah berjaya mencapai kecemerlangan tanpa sebarang rekod ketidakpatuhan (noncomformity) sepanjang audit pengawasan kedua SIRIM QAS International yang telah berlangsung pada 27 & 28 Jun yang lalu.

Walaupun begitu, masih terdapat ruang-ruang dan peluang bagi IPN membuat penambahbaikan dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti IPN. Dengan itu, diharapkan agar semua kakitangan bersedia untuk menyumbang idea dan tenaga bagi meningkatkan kualiti IPN.

Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan bagi tahun-tahun seterusnya. Maju IPN untuk negara !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...