Pada petang Jumaat 5 Ogos 2011, Unit R&D bersama Unit Penyelenggaraan telah mengadakan sesi lawatan ke bangunan baru IPN yang hampir siap untuk diduduki. Kepada kakitangan yang belum berkesempatan melawat bangunan baru, boleh melawat secara alam maya di atas blog ini :p
Friday, August 5, 2011
Thursday, August 4, 2011
Bila Jam Pukul 1.00 Petang
Seperti yang kita semua sedia maklum, sepanjang bulan Ramadhan ini kafetaria IPN tidak dibuka. Maka memandangkan IPN terletak jauh daripada kompleks membeli belah, kakitangan IPN tidak membuang masa waktu rehat dengan sia-sia.
Bagi yang berpuasa, bolehlah menyertai majlis tadarus Al-Quran yang diadakan di surau IPN manakala bagi yang tidak berpuasa atas sebab keuzuran yang dibenarkan, bolehlah mencuba aktiviti yang dilakukan seperti mereka ini daripada anda tidur membuang tenaga di siang hari.
![]() |
Popia Mini - Cepat Tempah Sekarang ! |
![]() |
Mengisi waktu rehat ketika Ramadhan |
![]() |
Berkongsi resepi menambah keenakan |
![]() |
Popia gulung Kak Su - Sebekas RM10 je |
![]() |
Serunding Pn. Zuraidah |
Dah selesai jangan lupa mengemas ya !
Inovasi & Kreativiti Nelayan Jepun (KIK)
Dari dulu lagi nelayan Jepun pergi berlayar jauh untuk menangkap ikan, namun apabila mereka sampai di darat, ikan-ikan itu mati dan mengeluarkan bau yang busuk. Orang Jepun tidak suka memakan ikan yang sudah mati dan busuk.
Lalu, nelayan Jepun masih lagi berlayar untuk menangkap ikan di lautan lepas. Oleh kerana tidak mahu ikan-ikan tangkapan mati dan busuk, nelayan Jepun membawa sebuah pembeku. Ikan-ikan hasil tangkapan itu dimasukkan ke dalam freezer supaya tidak busuk bila sampai ke pelabuhan.
Namun begitu, orang Jepun tahu membezakan mana ikan yang segar dan mana ikan yang dimasukkan ke dalam freezer untuk mencegah ikan jadi busuk. Orang-orang Jepun tidak suka memakan ikan hasil tangkapan itu.
Kemudian nelayan Jepun berlayar ke laut lepas untuk menangkap ikan dengan membawa sebuah tong air yang sangat besar dan diisi dengan air laut yang banyak supaya ikan hasil tangkapan tetap dalam keadaan hidup semasa tiba di daratan.
Namun, sampai di daratan ikan-ikan itu lemas dan tidak mahu bergerak kerana bosan berada di kawasan yang lebih sempit dari kawasan hidup asalnya. Orang Jepun tahu membezakan mana ikan yang segar dan mana ikan yang lemas.
Seterusnya, nelayan kembali berlayar ke laut jauh untuk menangkap ikan, kali ini nelayan membawa sebuah tong besar berisi air laut yang banyak dan memasukkan dua ekor anak ikan Yu ke dalam tong tersebut, seekor anak ikan Yu dapat memakan 4-5 ekor ikan dalam sehari dan perjalanan dari lokasi penangkapan ikan menuju daratan berjarak dua hari, jadi kedua anak ikan Yu itu menghabiskan sehingga 20 ekor ikan tangkapan semasa dalam perjalanan.
Apa yang terjadi???
Semasa tiba di darat semua ikan tangkapan yang berada di dalam tong tersebut masih dalam keadaan segar dan lincah.
Mengapa???
Ini kerana ikan-ikan tangkapan mereka tersebut berusaha supaya tidak dimakan oleh ikan Yu yang berada di dalam tong tersebut, berlumba untuk bertahan dan mempertahankan hidup.
Moral :
Kita sebagai manusia dapat diibaratkan sebagai ikan-ikan hasil tangkapan di dalam tong tersebut, dan masalah -masalah yang dihadapi diibaratkan sebagai anak Yu yang bersedia memakan kita. Masalah itu membuat kita mempunyai alasan untuk hidup, menjadi semangat untuk berusaha, dan memberikan motivasi supaya tidak dimangsa oleh Yu,iaitu MASALAH
Bukannya kita yang harus menyerah pada masalah,biar masalah yang menyerah kepada kita kerana kita tahu cara nak menyelesaikannya, tidak buntu dan memohon kepada Allah SWT agar setiap kekusutan yang kita alami dapat dileraikan.
Posted @ www.isuhangat.net
Wednesday, August 3, 2011
Super Food Dalam Al-Quran - Kurma
![]() |
Kurma menjadi pilihan pembuka selera untuk berbuka puasa |
Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada umat manusia.
Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26 yang maksudnya:
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan. (Maryam : 25)
Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan proses bersalin.
Tuesday, August 2, 2011
Sinaran Malam Ramadhan IPN
![]() |
Ramadhan Bulan Meningkatkan Amal Ibadah |
![]() |
![]() |
Solat Berjemaah Mengukuhkan Tali Persaudaraan |
![]() |
Menjamah Juadah Moreh Beramai² |
![]() |
I-city @ IPN |
Kepada semua muslimin dan muslimat, marilah kita semua bersama-sama menyinari Malam Ramadhan kita dengan mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.
Anda semua dijemput hadir ke Surau As-Solihin , IPN , bagi bersama-sama kita mengimarahkan malam Ramadhan dengan solat Terawih secara berjemaah dan berbuka puasa bersama-sama.
Monday, August 1, 2011
Jutawan Ramadhan !
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala.
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala.
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin di dalam Ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18,900 pahala.
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94,500 pahala.
Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt RM 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt RM 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu RM 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan RM 2,835,000.00
Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari sahaja!!!!
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca Al-Quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka Allah akan memberikan pahala atas setiapnya.
Sahabat pun bertanya satu perkataan satu pahalakah?
Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, Allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.
Wow!!! Bila kita baca Al-Quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM Berapakah jumlahnya?
Bagaimana dengan zikir, sedekah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?Sesungguhnya Allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!
Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan. Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!
Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin di dunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?
Mengapa?
Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.
Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, jadi penolong akauntan ke, pembantu akauntan ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!
*Sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.
Wallahu’alam.
Selamat berpuasa,
Selamat beramal,
Semoga Ramadhan ini memberi satu makna kepada kita.
Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini Ramadhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu……
Sumber asal : isuhangat.net
Subscribe to:
Posts (Atom)