Wednesday, June 15, 2011

Kejohanan Sukan KSKK 2011 - DAM

Sila Klik Baca Lagi Untuk Syarat & Maklumat Pertandingan


PERTANDINGAN DAM IPN

1. AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Sukan KSKK IPN 2011.

2. PENGANJUR/PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh Kelab Sukan & Kebajikan IPN.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN / PENDAFTARAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada SEMUA kakitangan Institut Perakaunan Negara.

3.2 Setiap pasukan rumah dibenarkan mendaftar seramai empat (4) orang pemain (terbuka) yang terdiri daripada kakitangan lelaki/perempuan. Pendaftaran pemain hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan pada ketua/wakil rumah masing-masing.

3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pemain tersebut akan dibatalkan secara automatik.

4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN

4.1 Jadual perlawanan akan diadakan ditetapkan kemudian.

4.2 Perlawanan ini akan dijalankan dalam tempoh tiga hari bermula pada 27 Jun 2011 dan berakhir pada 29 Jun 2011 (5.20 ptg – 6.30 ptg). Semua perlawanan akan dijalankan mengikut jadual yang telah disediakan oleh jawatankuasa penganjur.

4.3 Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di tempat pertandingan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di tempat pertandingan selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

4.4 Jumlah pemain dalam satu pasukan bagi setiap perlawanan ialah empat (4) orang yang terdiri daripada tiga (3) pemain utama dan satu (1) pemain simpanan.

5. FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN.
5.1  Penganjur akan memberi kod pemain mengikut pasukan masing-masing.

5.2 Pertandingan akan dijalankan secara berkumpulan yang terdiri dari tiga (3) pemain. Perlawanan berjalan secara serentak bagi semua tiga pemain.

5.3 Pertukaran atau penggantian pemain hanya boleh dilakukan sebelum satu-satu perlawanan bermula dan perlu dimaklumkan kepada penganjur.

6. CARA BERMAIN

6.1 Permainan menggunakan set dam yang disediakan oleh pihak penganjur.

6.2   Giliran mengikut jadual pemainan.  Setelah pemain pertama menggerakkan satu buah, giliran pemain kedua pula. Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat.

6.3   Cara bergerak setiap buah dam cuma boleh bergerak satu petak secara pepenjuru, sama ada ke kiri atau ke kanan, sekiranya petak tersebut masih kosong.

6.4   Haji (buah dam yang telah sampai ke hujung papan sebelah lawan) bergerak dengan cara yang sama, tetapi boleh pergi seberapa banyak petak yang dikehendaki.

6.5  Sekiranya ada peluang memakan buah lawan, pemain diwajibkan melakukannya. Kegagalan untuk memakan buah lawan akan menyebabkan pihak lawan berhak mengambil buah pemain yang gagal memakan dan mengeluarkannya dari permainan.

6.6  Setiap perlawanan ada dua (2) frame. Setiap frame diperuntukan masa 30 minit.

6.7  Permainan dam tamat apabila:

6.7.1   Seorang pemain kehilangan semua buah damnya. Dia dikira kalah.

6.7.2 Seorang pemain tidak dapat menggerakkan buahnya kerana disekat. Dia dikira kalah.

6.7.3     Seorang pemain menyerah kalah.

6.7.4   Kedua-dua pemain bersetuju untuk seri, biasanya kerana kedua-dua pemain mepunyai buah haji yang tidak dapat dimakan atau disekat.

6.7.5   Tamat masa 30 minit. Kemenangan akan dikira berdasarkan buah dam (mata) yang masih tinggal.

7. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

7.1 Setiap pemain akan menyumbang mata kepada pasukan dan kemenangan ditentukan melalui aggregat mata keseluruhan pasukan.

7.2 Mata pertandingan bagi setiap frame adalah seperti berikut:

7.2.1 Menang              – 5 mata
7.2.2 Seri                      – 2 mata
7.2.3 Kalah                 – 0 mata

7.2  Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya melakukan kesalahan seperti berikut:

7.2.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan di atas.

7.2.2 Gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan di atas.

7.2.3 Tidak mahu meneruskan perlawanan.

8. PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN

Pengadil boleh membatalkan permainan jika pemain berada dalam keadaan berikut :

8.1 Ketiadaan pemain atau kelewatan pemain ketika pertandingan

8.2 Penyokong pasukan membuat bising atau mengganggu permainan pihak lawan.

9. PENGADILAN

9.1 Sebarang perubahan terhadap perkara yang membatalkan permainan adalah terletak pada budi bicara pengadil.

9.2 Keputusan pengadil adalah muktamad.

9.3 Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang dilantik oleh urusetia pertandingan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urus setia pertandingan :

Mohd Helmi bin Abd Rahim
2112

Lister Bulin Anak July
2039

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...