Klik Baca Lagi Untuk Syarat & Maklumat Pertandingan
PERTANDINGAN CATUR IPN
1. AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Sukan KSKK IPN 2011.
2. PENGANJUR/PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh Kelab Sukan & Kebajikan IPN.
3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN / PENDAFTARAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada SEMUA kakitangan Institut Perakaunan Negara.
3.2 Setiap pasukan rumah dibenarkan mendaftar seramai empat (4) orang pemain (terbuka) yang terdiri daripada kakitangan lelaki/perempuan. Pendaftaran pemain hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan pada ketua/wakil rumah masing-masing.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pemain tersebut akan dibatalkan secara automatik.
4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN
4.1 Jadual perlawanan akan diadakan ditetapkan kemudian.
4.2 Perlawanan ini akan dijalankan dalam tempoh tiga hari bermula pada 27 Jun 2011 dan berakhir pada 29 Jun 2011 (5.20 ptg – 6.30 ptg). Semua perlawanan akan dijalankan mengikut jadual yang telah disediakan oleh jawatankuasa penganjur.
4.3 Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di tempat pertandingan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di tempat pertandingan selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.
4.4 Jumlah pemain dalam satu pasukan bagi setiap perlawanan ialah empat (4) orang yang terdiri daripada tiga (3) pemain utama dan satu (1) pemain simpanan.
5. FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN.
5.1 Penganjur akan memberi kod pemain mengikut pasukan masing-masing.
5.2 Pertandingan akan dijalankan secara berkumpulan yang terdiri dari tiga (3) pemain. Perlawanan berjalan secara serentak bagi semua tiga pemain.
5.3 Setiap pemain akan diberi masa selama lima belas (15) minit (menggunakan chess clock). Pemain akan dikira kalah samada di Checkmate atau kehabisan masa yang diberikan (15 minit).
5.4 Pertukaran atau penggantian pemain hanya boleh dilakukan sebelum satu-satu perlawanan bermula dan perlu dimaklumkan kepada penganjur.
5.5 Peraturan permainan adalah mengikut Peraturan Catur Antarabangsa (World Chess Federation – FIDE Laws of Chess)
5.6 Peraturan touch move (sentuh dan jalan) digunapakai ke atas buah catur.
5.7 Sekiranya chess clock tidak dapat digunakan, masa 30 minit akan diperuntukan untuk 1 frame.
6. CARA BERMAIN
6.1 Permainan menggunakan set catur dan chess clock yang disediakan oleh pihak penganjur.
6.2 Penentuan permulaan set putih @ hitam kepada pemain mengikut jadual perlawanan yang akan ditetapkan kemudian. Pemain yang mendapat set putih akan memulakan permainan.
6.3 Setiap perlawanan ada dua (2) frame.
6.4 Pemain dikira menang samada berjaya membuat ‘checkmate’ kepada pihak lawan atau pihak lawan kehabisan waktu yang diperuntukan kepadanya selama lima belas (15) minit. Bagi permainan yang tidak menggunakan chess clock, jumlah mata buah catur akan menentukan kemenangan setelah tamat masa 30 minit.
7. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN
7.1 Setiap pemain akan menyumbang mata kepada pasukan dan kemenangan ditentukan melalui aggregat mata keseluruhan pasukan.
7.2 Mata pertandingan bagi setiap frame adalah seperti berikut:
7.2.1 Menang – 5 mata
7.2.2 Seri – 2 mata
7.2.3 Kalah – 0 mata
7.2 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya melakukan kesalahan seperti berikut:
7.2.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan di atas.
7.2.2 Gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan di atas.
7.2.3 Tidak mahu meneruskan perlawanan.
8. PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN
Pengadil boleh membatalkan permainan jika pemain berada dalam keadaan berikut :
8.1 Ketiadaan pemain atau kelewatan pemain ketika pertandingan
8.2 Penyokong pasukan membuat bising atau mengganggu permainan pihak lawan.
9. PENGADILAN
9.1 Sebarang perubahan terhadap perkara yang membatalkan permainan adalah terletak pada budi bicara pengadil.
9.2 Keputusan pengadil adalah muktamad
9.3 Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang dilantik oleh urusetia pertandingan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urus setia pertandingan :
Mohd Helmi bin Abd Rahim
2112
Lister Bulin Anak July
2039
No comments:
Post a Comment